Friday, 9 May 2014

Dunia Baru Penuh Efeksion !

Assalamualaikum.

Nak jengah-jengah blog yang usang tua dan kerepot ini. Kesian sungguh bertahun berzaman berbatu tak update. Janji koci betul aku niyy ekk. But, please wat peace wat lekk lahh brader. Aku tahu korang bosan plus boring membaca blog aku yang kusam niyy, bahasa dalam blog niyy poyo-poyo jekk ! Sementara aku ada sikit masa nak lepak-lepak niyy even setengah jam jea dapat sebelum masuk kelas apa kata aku update sikit blog aku niy. Takde orang nak baca aku jadi pembaca punn sudaa lehh. Bukannya ada orang kesah punn citcott aku niyy. kannnn.....

So then, apa lagi ekk? Hah, actually aku niyy baru masuk study kat salah sebuah kolej di KL. Niy punn baru habis orientasi student baru. Minggu niyy masuk kelas punn just untuk briefing jek ! Rindu sesangat time orientasi, dapat abang-abang fasi & akak-akak fasi yang best. Aku berniat nak jadi jugak fasi, tapi bukan untuk cari glamor okeh ! Nak membantu student-student baru jea sebenarnya. Dua minggu orientasi selalu balik lambat, around dahh nak tengah malam. Penat memang penat yang teramat ! Tapi, yang bestnya, aku enjoy dengan program yang HEP langsungkan.

Cuma, masa settlekan dokumen, agak menyebalkan aku jek ! Sampai menangis tak faham. Sebab ada fasi yang kata macam niy, ada yang kata macam tuhh ! Sakit gila hati aku. Selebihnya seriously aku kata memang enjoy gegila ! Joget Jamilah, Chicken Dance, Shishoshua, Clap Briefing & else.

Yang best nya ketua fasi dia, ya Allah ! Sporting gila. Sebab dia jenis tak sukakan sesuatu yang formal. Empunya badan namanya Abang Nizam. Abang Aril punn sporting gak. Mamat tuhh hari pertama jea macam serious, hari-hari lain terus jadi setann. hahaha Diaorang berdua niyy dipilih sebagai pemenang Fasi Terbaik & Fasi Sporting. Untuk perempuan pulak Kak Chik & Kak Yuyu. 

Suasana kat kolej niyy best, tapi, aku belum reti sesuaikan diri dengan member-member baru. Tension dan stress kekadang menangis. Tapi, takpe lahh cabaran & dugaan kann. Terima jea lahh dengan hati yang terbuka. Yang penting datang sini untuk belajar, bukan nak cari pakwe nak menggatal. Tapi, masalahnya aku niyy minat abang Nizam ! Pakkal jea makwe dia budak Farmasi.

Lastly, sebelum aku nak masuk kelas dah niyy, aku harap semua dugaan & cabaran yang sedang aku hadapi niyy, akan lebih mematangkan aku. Aku kann kuattt dohhhhhhhhh !

PICOMS, welcome to you in my self !

Tuesday, 8 April 2014

Drama Pertama noraslinzahanor

Assalamualaikum.

Apa khabar semua yang sudi membaca post pertama dari noraslinzahanor //? Harapnya sihat selalu lahh ye. noraslinzahanor ingin mengucapkan selamat datang ke dunia fantasi noraslinzahanor. Fantasi lahh sangat kann... hehehe Okay boh ! Actually, noraslinzahanor ada mempunyai dua account blog. Tapi, telah pun selamat di delete kerana ada masalah tekanan jiwa. Teruk bebeno sampai tekanan jiwa kann. Sedih bertul. So, sekarang niy, noraslinzahanor telah punn mewujudkan satu account realiti hak milik noraslinzahanor. Blog ini bertujuan untuk bercerita tentang babak-babak kenangan yang telah berlalu pergi, drama-drama ciptaan dunia noraslinzahanor di alam realiti. Cehh ! Gampang bahasa. Panjang betul mukadimahnya kann... Takpe, yang masih sudi membaca, teruskan membaca sehingga huruf terakhir di bawah sana nanti. Kena fokus bebetul kalau nak mewujudkan satu blog yang personal, kalau tak nanti cacar marba lahh blog noraslinzahanor. Tak naklahh ceciter pepanjang kat pendahuluan niy, nanti kang jemu pulak pembaca-pembaca yang budiman sekalian.

First, dah tahukan kenapa dan mengapa blog noraslinzahanor ini TERwujud? hah, kalau belum tahu, ce lahh baca mukadimah terbaekk dari noraslinzahanor tuhh. Sekarang niyy, korang pasti dan mesti nak tahu siapakah gerangan manusia yang menggelarkan dirinya noraslinzahanor. Maaflah, denn tak pamess punn macam blogger lain mahupun artis. hehehe Nama sebenar empunya si blog ini ialah Noraslin Binti Zahanor. Familiar shortname noraslinzahanor ialah ALLYN. Daripada sanak saudara ke kengkawan rapat ke kengkawan biasa, diaorang semua panggil noraslinzahanor sebagai Allyn. Dulu masa kecik-kecik ejaan nama ALIN. Tapi, sejak form one (2009) terfikir kenapa lahh macam kekampungan ekk nama aku? hahaha So then dengan perasan poyo, skema & ajet-ajet omputih bertukarlah ejaan nama macam yang kat atas tadi tuhh, ALLYN.

noraslinzahanor dilahirkan pada 28 june 1996 kat Hospital Pakar Johor oleh bonda tercinta, Datin Norshidawati binti Hashim. Kilang rasmi oleh Datuk Zahanor bin Ismail. hehehe noraslinzahanor niyy dibesarkan sehingga hari ini di Johor Darul Ta'zim. Agak-agak korang boleh agak noraslinzahanor sokong JDT tak? hahaha Okay, lain-lain, noraslinzahanor di sekolahkan di Tadika Al-Ummah, Taman Air Biru pada tahun 2002. Then ke sekolah SK Taman Cendana selama enam tahun kemudian melangsungkan zaman remaja di SMK Kota Masai selama 5 tahun. Tamat persekolahan dengan mengambil SPM pada 2013. Sekarang niyy noraslinzahanor tengah tunggu surat sambung belajar di PICOMS, Gombak. Say bye bye to Johor negeri kelahiranku.... Result SPM?? Janganlah tanya ! hahaha Alhamdulillah pass SPM. noraslinzahanor ada tiga putera disekeliling pinggang dan merupakan puteri tunggal munggal. So, sikit manja lahh. noraslinzahanor sangat sayangkan adik-adik noraslinzahanor sebab merekalah adik-adik kandung noraslinzahanor.

Rasanya cukup ini sajalah karangan mukadimah untuk blog baru noraslinzahanor. Next entry insyaallah noraslinzahanor akan cerita tentang holiday kat Kedah dan jugak kejayaan ahli kadet polis SKOMAS kesayangan noraslinzahanor. Kepada korang korang dan korang jangan segan silu tau komen di entry. noraslinzahanor mengharapkan tunjuk ajar dari pembaca dan para blogger di luar sana untuk improvekan lagi drama lima babak dari noraslinzahanor. hehehe

Good night, world !